Wednesday, April 23, 2008

Daripada Yokogawa ke Trisystem

Fasa Kedua Kerjayaku
Perjalanan kerjaya saya sudah memasuki fasa ke dua. Selepas menamatkan pengajian di KUiTTHO (kini UTHM) saya telah bekerja dengan satu kompeni Jepun, Yokogawa.

Yokogawa telah diperkenalkan oleh kawan senior saya Khairudin. Alhamdulillah dengan dua kali interview saya telah berjaya bekerja di Yokogawa. Saya mula bekerja pada 10/2/2006.

Masa di Yokogawa saya lebih terdedah kepada sistem DCS/PMCS. DCS=Distributed Kontrol Sistem. PMCS=Plant Monitoring Control System.

Pengalaman pertama saya ialah terlibat secara full time dengan project Abu Cluster di bawah Petronas.

Tanggal 29/2/2008 saya keluar dari Yokogawa. Pada 10/3/2008 saya memulakan kerjaya saya di Trisystem di Bukit Jelutong.

Trisystem lebih memfokuskan bidang Safety System. Perisian utama yang digunakan ialah Tricon. Kini saya terlibat dalam project Seligi E dan C di bawah ExxonMobil.

No comments:

Trisystem

Yokogawa

Yokogawa
yoko