Thursday, August 12, 2021

Catatan selepas 9 tahun

 Assalamualaikum

Alhamdulillah ada sedikit kekuatan untuk menulis ruangan blog ini.

Catatan dibuat untuk mengingati ujian besar kepada seluruh penduduk dunia pada tahun 2020 & 2021.

Pandemik Covid 19 telah mengubah perjalanan hidup ramai manusia.

Saya sendiri tidak terkecuali.

Apabila pandemik Covid 19 muncul di China, tidak dijangka merebak ke seluruh pelusuk negara.

Pada tarikh saya menulis ini, di Malaysia sahaja hampir 20K kes jangkitan setiap hari.

Beratus-ratus orang juga yang meninggal akibat jangkitan Covid 19.

Saya juga telah berpindah daripada INSTEP ke RAPID Pengerang.

Disebabkan Covid 19 banyak training tidak dapat dijalakan secara face to face.

Banyak training daripada luar negara juga tidak dapat dilaksanakan.

Itulah takdir perjalanan kerjaya saya, dan juga terkesan pada kerjaya pembaca semua juga.

Alhamdulillah paling kurang kita masih ada pekerjaan dan pendapatan.

Ada yang diuji dengan kehilangan pekerjaan dan pendapatan.

Bahkan ada yang kehilangan orang yang tersayang.

Ya Allah, angkatlah musibah ini daripada kami dengan KekuatanMu dan KekuasaanMU.

Ameen

Amin Al-Kalantani

12 Ogos 2021


Trisystem

Yokogawa

Yokogawa
yoko